Friday, May 29, 2009

yahOooOoo...

salam...
alhamdulillah, cuti dah bermula...mesti ramai yang happy kan, paling tidak ramai dah packing brg nak bawa blk kg huhu...pOst yg lepas aku ada gtau kan yg aku nak p mna cuti nie...skg aku nak gtau plak yg daddy aku g bcuti gak, tp dia datang lewat ckit...time aku balik sabah, daddy aku g kl...parents aku tgl kat sna smpai ujung bulan jun nie...dah tukar dah flight blk mom aku, kena byr penalti hehe...letih gak nak pujuk daddy aku 2...alasannya, xda org jaga umah...bahaya gak area tempat tinggal aku nie, maklumlah macam2 jenis orang wujud kat dunia skg btul x???...kul2 p.m. tdi aku turun kk, bli brg2 utk akak aku yg kat N9 tu, mcm2 dia pesan...yg tensennya, smua yg dia pesan 2 benda2 yg kuat sangat baunya huhu...nak tau apa jeng...jeng...jeng --> ikan terubuk, ikan keropok, ikan masin & yg paling beSt skali dia suru aku bawa belacan kikiki...tp xpela, aku dh beli dh semua 2...alhamdulillah, ble gak meng"Epi" kan akak aku yg duk jauh 2...nie bru gak smpai umah, tdi singgah jap umah akak yg lain...nak tgk baby dia...penat gakla, sbb pgi g keja blk keja siap2 trus g kk...jap g nak tdola nie...sok nak g kenduri kawin saudara mom & kenduri kawin anak kawan daddy aku keja dlu...1 kat kiSwe€t...1 lg kat papar...tHat's all 4 tOnight!!!...
~HAVE A NICE HOLIDAY~

Tuesday, May 26, 2009

GerAkan Ma+@...

salam...
malam semua...erm, xlama lg cuti skul kan, alhmdulillah...mesti dah ramai yang plan nak bercuti btul x? saja nak gtau korang semua, sempena schoOl break kali nie aku bcuti kat kL, 11 ari kat sna yahOoooooo dh lama x g sna...last pegi pun bln 8 last year...lama kan...rindu rasanya nak naik komuter kikiki sebab kat cni keretapi dia x pandai nak siap2, ntahla bila nak siap...pas2 rindu nak g shOpping baju + tudung + kasut + handbag kat sna hehehe sebab compare ngn sabah, benda2 g2 lg murah kOt!...nak bli untuk p keja punya...tp aku pegi ngn mom aku huhu bukan g sorg ekkk...dad aku tgl, jga umah hihihi...cian plak ;( klu difikirkan...destinasi pertama, aku g bahau, n9 dlu rmah akak...mesti pening abis tem lalu bukit putus nie huhu...mggu ke2 bru stay kL...
erm, sebenarnya...aku nak tanya pendapat blogger yg lain & para pembaca yang disayangi sekalian...korang pernah x rasa bawah atau atas mata sebelah kiri @ kanan bergerak-gerak??? aku risau nie...dh seminggu bawah mata sebelah kiri aku asyik bergerak2...cam dia bagi suatu petanda sesuatu x baik akan berlaku kat aku...bukannya nak percaya sangat benda2 gitu, tp mengikut kajian yang aku buat (kunun) semua org yg aku tanya kata sebegitu...Nauzzubillahi Min Zhalik...klu korang ada pendapat @ tahu serba sedikit tentang hal nie, tOlong gtau aku ekkk...wassalam...

Sunday, May 24, 2009

pAkai bUang!!!

i lOve this song!...

Tuesday, May 19, 2009

...keCaNtikan LeLaki & keGagaHan wAni+a...

salam...
erm, dh 2, 3 ari x berupdate blOg aku nie...bz x jugakla...ada keja sket nak settlekan...ada kesempatan malam nie sO, aku updatela...saja nak kOngsi ngn u all...huhuhu...

KECANTIKAN LELAKI
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal, tetapi kepada murni rohani.
Lelaki yang cantik:

1. Adalah lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan...

2. Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran...

3. Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun...

4. Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada...

5. Adalah lelaki yang baik sangka...

6. Kecantikkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati...

Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang *Ummiy adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...


KEGAGAHAN WANITA
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan...
Perempuan yang gagah:
1. Adalah Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan...

2. Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan...

3. Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan...

4. Adalah perempuan yang tidak meminta segala keinginan dipenuhi...

5. Adalah perempuan yang berdiri di atas teguh imam....

Seluruh kegagahan ini ada pada Khadijah yang Ehsan adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan...

Saturday, May 16, 2009

~WaLim@tul 'Urus~

kad jemputan kawin sapola nie???

" Ya Allah Ya Tuhan kami...

Satukan hati kedua-dua mempelai ini...

seperti Engkau satukan Adam & Hawa...

Yusoff & Zulaikha...

Muhammad s.a.w. & Siti Khadijah...

Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...

Amin Ya Rabbal 'Alamin..."

Oppsst! jangan terkejut...bukan majlis aku tp majlis kawan aku...alkisahnya, pagi kelmarin aku dapat kad jemputan kawin nie...Mrs. Sade' (my 1st cousin) yg bagi kat skul...member aku 2 orang kedah tp bertugas kat sabah...member masa study kat ukm dulu...terharu gak sebab dia sudi jemput wlupn mjlis 2 nun jauh d utara, kat kuala muda kedah...at least, dia still ingat kat aku nie...masa buka surat jemputan 2, suspen gak ckit...manala tau kn kad jemputan Xbf aku yg punya hohoho...tup-tup bukan...buka ja trus aku epi sebab jadi gak member aku 2 kawin ngn bf dia, dah lama dorg kawan, syukurla mmg jdoh dia...TAHNIAH!!! CONGRATS!!! MAMBRUKH!!! fren...erm, rasa sebak pun ada ckit sebab mengingatkan diri ini yang belum jumpa calon husband yg sesuai till nOw...umur dah berapa, bf pn xda g iskiskisk...sedihnya ati ini...ramai yang berkenan sebenarnya, tp masalahnya semua bapa aku reject...ntahla lelaki cmna yg dia nak jadikan suami untuk aku...tp, sampai bila????? ya Allah ya Tuhanku! bukakanlah pintu hati ibu bapa ku...berilah kepercayaan kepada mereka yang aku sd cukup dewasa untuk membina masjid sendiri...nak tau x??? setiap kali bapa aku balik dr kedai mesti dia beli & cakap sesuatu ngan aku " meng, nah keropok bpa beli "...apa pendapat pembaca semua??? iskiskisk...sedihkan...

Friday, May 15, 2009

exam datang lagi...








* BUAT SEMUA PELAJAR SMK MEMBAKUT II 2009 *

IKHLAS DARIPADA :

~ Miss Juli@o9o7 (^_^) ~

^^^ €pi teAcHer's d@y ^^^

salam...
1st Of all, aku nak ucapkan " SELAMAT HARI GURU " buat seluruh pendidik SMKMII (sekolah tempat aku berkhidmat)...n buat semua guru, cikgu, ustaz, ustazah, teacher, laushe etc di seluruh dunia..." HAPPY TEACHER'S DAY "...
x lupa jugak buat semua pelajar yang dikasihi & disayang di atas ucapan, kad, n hadiah dari kamu...makasih banyak2...sedih gak arini, sbb x disangka ada beberapa pelajar yang agak nakal tp baik sebenarnya (pelajar perempuan) n aku x pernah masuk ngajar kelas dorg cakap ngn aku " i love u cikgu julia, epi teacher's day " siap salam n cium tangan g, terharu sangat2...
abis skul tdi, aku terus balik umah...kul 1lbih, aku gerak p kk ngn parents g byr keta huhuhu...jalan2 jap kat kk 2, kul 5lbih gerak balik...sepanjang perjalanan, ada 2 kes kemalangan aku jumpa, ngeri gakla...Nauzzubillahi min zhalik...that's all! (^_^)

~ Don't you know the phrase "Stop and smell the flowers"? ~

Just For You...

Happiness keeps You Sweet,

Trials keep You Strong,

Sorrows keep You Human,

Failures keeps You Humble,

Success keeps You Glowing,

But Only God keeps You Going!

Happy Teachers Day !!!!

You are so special!

Wednesday, May 13, 2009

Oh! tidaaaaaaaaaaaaaak....

salam...


malam nie aku ada 1 stOry nak kongsi ngn u all...dalam 5 minit yang lalu, aku dikejutkan dengan 1 makhluk nie...aku memang xble tgk benda nie, geli geleman dibuatnya...apatah lg kalau pegang nangis mungkin hehe...camni storynya, tadi tem aku buat keja sket kt bilik tiba2 ada satu bunyi yang mengganggu gegendang telingaku...terus terfikir, cam lain ja bunyi nie...aku pun berpaling ke 1 arah yang aku rasakan bunyi 2 dr tempat 2...maaaaaaaaaakkkkkkkk!!! 2 la kata-kata automatik kuar dari mulut aku wakakaka...terkejut daddy aku dengar, dia tengok tv tem 2...tanpa membuang masa, aku terus mengemaskan lompatan untuk kuar dari bilik...terus daddy aku tanya, napa??? nak tau apa yang aku nampak...ada cicak mOnster tengok aku buat keja uwaaaaaaaaaaa...gelinya tengok cicak sebesar itu...rasa nak lompat ja tempat mOm aku hehe...xsangka ada cicak jenis biasa sebesar itu...iskiskisk...apa lagi, aku xmau masuk bilik...lastly, daddy aku amik inisiatif, dia buru cicak 2 gak...sebab aku ckp confirm xble tdur kat bilik aku malam nie...tkOt sehhh, tkut dia lompat kat kaki n jalan2 kat badan aku eeei, demam sminggu kalau jadi cam2...ingat nak tdor bilik tetamu...nasib baik daddy aku dapat gak tangkap makhluk 2...dalam hati " yes...yes..." thanks dad...bersusah payah buru cicak mOnster 2 mlm nie gak...so, dapatla aku masuk bilik...alhamdulillah...


niela cicak mOnster yang mengejutkan keheningan malam dalam bilik aku...

Monday, May 11, 2009

ciNta sejAti seOrang ibu...

Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang di sekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab.
Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :
"Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang dii ufuk barat. Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku."
Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dna dididik berjuang dengan berani. Kemudian puteranya itu telah diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam. Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.
Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuan tentera Islam. Dengarlah nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan ke medan perang, "Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan sukarela pula. Demi Allah, yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara-maramu, aku tidak pernah merendahkan keturuna kamu, dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu pahala yang disediakan oleh Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahawasaya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa."
Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang bermaksud, "Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga menjadi orang yang beruntung." Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya. Seterusnya Khansa berkata, "Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak, masuklah akmu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapat balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal."
Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah memberikan mereka kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik sahaja semboyan perang berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari. Pada hari ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah .
Putera-putera Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka tidak sedikit pun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang dari mereka bersyair, "Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah. Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi." Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair,
"Demi Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua kami Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur mush-musuh bersama-sama Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah." Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan bersyair, "Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri Dapatkan kemenangan yang bakal membawakegembiraan di dalam hati Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi."
Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair, "Bukanlah aku putera Khansa', bukanlah aku anak jantan Dan bukanlah pula kerana 'Amru yang pujiannya sudah lama terkenal Kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahay, dan musnah mangsa oleh senjataku." Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat bondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau kerana pada mulanya tentera Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera berjalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi yang lannya. Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka. Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya mereka lari lintang-pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil sahaja yang dapat menyelamatkan diri.
Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik Khansa. Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahawa keempat-empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan,
"Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku mengharapkan dari Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!" Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperangan itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan 'Ummu Syuhada' yang ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid."
~ tatapan bersama ~




Sunday, May 10, 2009

i lOve u mOm...



Teristimewa buat ibuku yg tersayang Mrs. Maimunah Mohammad...epi moth€r's dAy mom...terima kasih yg tidak terhingga kerana telah mencurahkan kasih sayangmu selama 24 tahun aku berada di dunia ini...terima kasih kerana telah menjaga aku ngn baik selama ini...terima kasih kerana telah menyayangiku...terima kasih kerana telah banyak bersabar melayan karenahku...terima kasih ibu...tHanks 4 everytHing!!!...tiada yg dapat menggantikan tempatmu di hatiku selamanya...
love u till de end Of mylife!!!


Friday, May 8, 2009

" st€eL heArt "

salam...

mat mlm semua(*_*)...juz nak kongsi ngn u all 1 lagu yg bg aku ckup bsar maknanya...kat atas nie video lagu " sHe's gOne " by steel heart...beSt woo', aku suka dengar tp xtaula korg suka @ x...sebenarnya ada kisah di sebalik lagu nie...nak tau x??? aku gtau ja la ok!...erm, ada sOme1 speCial dalam hidup aku suatu masa dlu bg kat aku bru2 nie...dOn't know why dia nak sgt aku dengar lagu nie...jdi aku pun dengarla huhuhu...apa ble buat, aku x ble pusing balik putaran jam, x ble hentikan edaran bumi..its too late ;(...im sO sorry! susahkan...entahla, aku pun x faham napa masa kita ada, orang buat x tau ja...bila kita dah pergi menjauh, bru terhegeh2 mau ubah itu ubah ini, janji itu, janji ini...hmmmmmmmmmm...

" carilah kasih yang kekal abadi yang hanya ada dalam genggaman-Nya!!!"

Thursday, May 7, 2009

by deHearty (^__^)

Hadirnya tanpa kusedari...
Menggamit kasih cinta bersemi...
Hadir cinta insan padaku ini...
Anugerah kurniaan Ilahi...
Lembut tutur bicaranya...
Menarik hatiku untuk mendekatinya...
Kesopanannya memikat di hati...
Mendamaikan jiwaku yang resah ini...
Ya Allah! Jika dia benar untukku...
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku...
Jika dia bukan milikku...
Damaikanlah hatiku...
Dengan ketentuan-Mu...
Dialah permata yang dicari...
Selama ini baru kutemui...
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi...
Apakah dia kan kumiliki???...
Tidak sekali dinodai nafsu...
Akan kubatasi dengan syariat-Mu...
Jika dirinya bukan untukku...
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu...
Ya Allah! Engkaulah tempat kubergantung harapanku...
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu...
Amin!!!!
~ Terpendam bagai permata dalam hati ~
~ Terbenam bagai mutiara disalut nurani ~

Sunday, May 3, 2009

dah dap@t dah...

--> yea yea...dpt baby bru g...xsbr nk main2 ngn dia nie....

saLam...alHamdulillah arini bersamaan 030509 aku dpt anak buah baru...nma dia xpasti apa, akak blum infOrm g..dia kata, sabaaaar hehehe...skg aku dh ada kt umah kg...kul 7 ptg tdi smpai, pnat gak sbb 3 ari bturut aku jdi supir @ driver hihihi...penat seehhhhh...apa2 pn aku n family epi sgt2 dikurniakan sOrg lg penyambung warisan smile's family...sok dah keje xrsa cuti pn huhuhu...xpe2, yg penting dpt buat mom & dad aku epi...dad aku dh mls nk bwa keta dia, sO aku amik alih...lma2 pro gak jln area sna...aku jgk yg untung...btul x? erm, aku x dpt citer byk2 nie sbb byk keja skul xsettle g...okla, slmt bkerja smua...gO0dNite!


Saturday, May 2, 2009

# epi w€dD!ng dAy #

Hari nie aku g majlis kawen member aku kt kinarut...alhmdulillah, sOrg lg member aku dh smpai seru, aku??? xtau lg bila...doa2kanlah aku cpat dpt jdOh ekk!...member aku nie cHinese asalnya...org beaufOrt, isteri dia org kinarut...smOga hubungan yg korg bru bina ni berkekalan hingga ke akhirnya...& dikurniakan cahaya mata yg rmai...apa2 pun aku epi dpt g mjlis korg wlupn skejap...aku bkejar g p hOspital liKas tdi, jenguk kakak ku nk bsalin...tp blum kuar g baby dia hihihi...insyAllah mlm nie @ bsok kuarla 2...cuti nie aku stay kt kk tdur umah kakak, ptg sok blkla nie...

--> Haa, niela member yg aku citer kt atas tdi...cOngrats fren!!! jga isterimu baik2...